Latar belakang Adityawarman

Dari manuskrip yang dipahat kembali pada bahagian belakang Patung Amoghapasa bertarikh 1347 di Dharmasraya disebutkan bahawa Adityawarman menjadi Maharajadiraja di Malayapura, dan dari Prasasti Kuburajo disebutkan bahawa ianya anak dari Adwayawarman, dan dari Prasasti Bukit Gombak disebutkan juga Adityawarman putra Adwayadwaja[3]. Sedangkan dari Pararaton[4] disebutkan bahawa ibunya ialah Dara Jingga putri melayu yang dinikahkan oleh sira alaki dewa (yang dinikahkan oleh dewa), Adityawarman disebut juga dengan Tuhanku Janaka alias Raja Mantrolot.[5].

Dara Jingga dan Bundo Kanduang

Dara Jingga adalah puteri dari Srimat Tribhuwanaraja Mauliwarmadewa, raja bhumi malayu di Dharmasraya. Kerajaan Dharmasraya menakluk Kerajaan Sriwijaya di tahun 1088 hingga 2 abad berikutnya. Dalam Hikayat Minangkabau, Dara Jingga dikenali sebagai Bundo Kanduang[6].

Ekspedisi Pamalayu

Pada tahun 1275 Kertanagara raja Kerajaan Singhasari mencuba untuk membina persahabatan dengan kerajaan Melayu, dan dikenali sebagai Ekspedisi Pamalayu. Setelah Kerajaan Dharmasraya menjadi sahabat, pada tahun 1286 Kertanagara mengirimkan Patung Amoghapasa yang kemudian di pahatkan pada Prasasti Padang Roco sebagai hadiah persahabatan. Ahli Ekspedisi Pamalayu ini kembali ke tanah Jawa pada tahun 1293 sekaligus membawa dua puteri melayu iaitu Dara Jingga dan Dara Petak, Dara Petak dinikahkan oleh Raden Wijaya yang merupakan pengasas Kerajaan Majapahit sebagai lanjutan dari Kerajaan Singhasari[7].